MASYARAKAT ISLAM SINGAPURA DAN MASAALAH PENCERAIAN.
Baru2 ini, aku lihat beberapa pemimpin2 islam Singapura ku cuba mencari jalan untuk menangani masaalah penceraian dikalangan ramai pasangan2 muda islam di Singapura.
Mereka telah mengadakan perjumpaan mesyuarat tertutup untuk membincangkan perkara tersebut!
Ramai yang telah bersetuju dengan pendapat supaya diadakan undang2 baharu ...menaikkan umur untuk menikah dari umur 16 tahun kepada 18 tahun bagi pasangan2 muda islam!
Mereka berpendapat dengan cara ini maka akan dapat membendung kadar pencerian pasangan2 muda islam di Singapura.
Aku amat tidak bersetuju sama sekali dengan cara2 mereka berfikir!
Aku lihat mereka sudah tidak lagi berfikir secara islam!
Mereka cuba menyelesaikan masaalah sesuatu perkara bukan dengan cara pemikiran islam!
Cara mereka berfikir...bukan lagi dengan gerak berfikir seorang islam!
Islam adalah agama mereka!
Malangnya...mereka tidak berfikir secara islam!
Islam adalah aturan cara hidup untuk semua umat islam sepanjang zaman!
Ini termasuklah soal perkara nikah kawin dan pencerian! dan bermacam2 lagi!
Agama islam telah mengatur dan memberi garis pandu kepada penganut2nya didalam menangani segala masaalah hidup mereka.
Aku lihat pemimpin2 islam Singapura sudah tidak lagi mahu merujuk kepada para2 ulama islam mereka didalam menangani sesuatu perkara dan masaalah2 yang dihadapi olih masyarakat mereka!
Ini menunjukkan bahawa mereka sudah tidak lagi mahu berfikir secara islam dengan merujuk kepada firman Tuhan dan hadith nabi dan contoh2 para2 orang soleh dahulukala sebagai rujukan mereka didalam menangani masaalah2 hidup mereka!
Ini saolah2 menunjukkan lagi bahawa merekalah orang2 yang amat pakar didalam didalam bidang agama mereka! Dan kerana sebab itulah, mereka tidak perlu lagi untuk merujuk kepada pendapat2 para2 alim ulama islam Singapura didalam menangani masaalah yang dihadapai olih masyarakat islam mereka!
Aku lihat masaalah pencerian yang tinggi yang dihadapi olih pasangan2 muda islam Singapura adalah kerana kebanyakkan mereka2 itu amat lemah didalam ilmu agama, amalan agama, keyakinan agama dan semangat beragama didalam diri mereka!
Sebab itulah mereka sering menghadapi masaalah rumahtangga dan berbagai2 masaalah2 lain serta sering sahaja jatuh kejurang penceraian dan kemaksiatan!
Jika iman mereka kuat dan semangat islam mereka begitu tinggi didalam diri mereka, tentulah rumahtangga mereka akan kukuh tidak kira samada mereka susah hidup keran miskin atau rendah pelajaran kedunian!
Apa yang perlu kita tingkatkan usaha kita untuk menangani berbagai2 masaalah umat islam Singapura ialah kita mesti mendidik umat islam Singapura dengan pendidikan agama!
Kita mesti motivate mereka dengan semangat islam, iman! dan motivate mereka supaya tertarik untuk memperbaiki diri kearah berusahah untuk mempunyai nilai2 peribadi mulia didalam diri mereka sepanjang hayat mereka!
Kita tiupkan dan tanamkan semangat islam dan semangat iman didalam diri setiap umat islam Singapura supaya menjadi peribadi mulia diri mereka!
Kerana agama islam itu adalah sebaik2 fahaman, jalan dan cara hidup yang telah diberi olih Tuhan kepada kita untuk kita ikuti buat mencapai kemajuan dan kebahagian didunia dan di akhirat!